PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM NEGERI SELANGOR

Bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis pernikahan di negeri selangor, beberapa prosedur harus dipatuhi sebelum pasangan tersebut dapat melakukan urusan tersebut.


artikel dibawah ini dipetik dari laman rasmi jabatan agama islam selangor untuk panduan anda.
semoga dengan panduan dibawah anda dapat serba sedikit melakukan persediaan sebelum menghadapi hari bahagia anda kelak.


1-KURSUS PRA PERKAHWINAN
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.
Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya. 
Bagi bakal-bakal pengantin, perkara yang perlu diambilkira bagi menjalani kursus pra perkahwinan ialah:
a)
menetapkan tarikh nikah dan menentukan tempat untuk menjalani kursus.
b)
mengisi borang pendaftaran kursus di Pejabat Agama yang berhampiran atau di Jabatan Agama Islam di kawasan anda.
c)
mendaftar pada hari pertama kursus di tempat kursus dengan bayaran yang telah ditetapkan.
d)
mengikuti dua hari kursus (tanpa bermalam).
e)
Peserta kursus akan diberikan sijil kursus.

Prosedur ini telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sijil kursus yang dikeluarkan JAIS tiada had tempoh dan diiktiraf oleh semua negeri di Malaysia. Bayaran kursus yang dikenakan adalah sebanyak RM 80.00 sahaja








2-PROSUDER PERMOHONAN NIKAH LELAKI
Berikut merupakan prosedur bagi lelaki bujang atau duda yang hendak mendirikan rumahtangga di Negeri Selangor.
a)
Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.
b)
Pemohon hendaklah mendapatkan borang nikah (1A) dari JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
c)
Pemohon dan dua orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan nikah (1A) dan mengemukakan sijil kursus kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah, mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.
d)
Pemohon hendaklah menyerahkan borang permohonan nikah (1A), sijil kursus dan dokumen yang berkaitan kepada Pejabat Agama Islam Daerah dan mendapatkan pengesahan Pendaftar Nikah Daerah.
e)
Pemohon hendaklah menyerahkan borang yang telah disiapkan bersama dokumen berkaitan dan sijil kursus kepada pihak perempuan.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  1. SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  2. SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  3. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
  4. SALINAN BORANG PERMOHONAN 1A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  5. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
  6. SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  7. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  8. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
  9. SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMEGRESEN.
    (Jika pemohon warganegara asing) 
Perhatian:
a)
mereka yang telah bercerai hidup atau mati, hendaklah mengemukakan surat cerai atau surat mati.
b)
mereka yang di bawah umur 18 tahun, hendaklah mendapatkan kebenaran mahkamah (Sek 18) terlebih dahulu.
c)
bagi pemohon yang baru memeluk Islam, hendaklah mengemukakan kad memeluk agama Islam.
d)
pemohon boleh memulakan proses permohonan tiga bulan sebelum tarikh nikah.

MUAT TURUN (Download)

SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ? 
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah? 
Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia? 
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah? 
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.
5. Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah? 
Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.



3-PROSUDER PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN
Berikut merupakan prosedur bagi perempuan baik anak dara atau janda yang hendak berkahwin;
a)
Pemohon yang belum pernah berkahwin hendaklah menghadiri kursus pra perkahwinan terlebih dahulu.
b)
Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan nikah (1C dan 1D) dari JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
c)
Pemohon, wali dan dua orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan nikah (1C dan 1D) dan mengemukakan sijil kursus dan borang pihak lelaki serta dokumen berkaitan yang telah disahkan, dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan atau tempat pemastautinan.
d)
Pemohon atau wali hadir di Pejabat Agama Islam untuk mendapatkan pengesahan atau surat kebenaran bernikah. (Kebenaran seksyen 17: RM 5.00).
e)
Akad nikah boleh dijalankan dengan Perunding Pendaftar atau Penolong Pendaftar atau dinikahkan sendiri oleh walinya di hadapan Pendaftar atau Penolong Pendaftar.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  1. SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
  2. SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
  3. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
  4. SALINAN BORANG PERMOHONAN 1C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
  5. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN.
  6. BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
  7. SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA.
    (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
  8. SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
  9. SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
  10. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  11. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
  12. SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
  13. SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

Perhatian:

a)
mereka yang telah bercerai hidup atau mati, hendaklah mengemukakan surat cerai atau surat mati.
b)
mereka yang di bawah umur 16 tahun, tiada wali dan janda berhias dalam masa iddah, hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah (Seksyen 18)
c)
pemohon yang baru memeluk Islam, hendaklah mengemukakan kad Islam.
d)
jika perempuan kerabat Diraja, hendaklah mendapatkan surat kebenaran ke bawah DYMM Sultan.
e)
bagi anak sulung perempuan atau wali (abang sulung) hendaklah mengemukakan surat nikah asal atau surat pengesahan dari mana-mana pejabat agama berhubung tarikh nikah ibubapanya.

MUAT TURUN (Download)

SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ? 
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (janda/balu), seorang anak dara yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia? 
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah? 
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau download di sini.
5. Bilakah masa yang sesuai untuk seorang perempuan membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah? 
Permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Agama Islam Daerah tidak kurang dari satu minggu sebelum pernikahan tersebut dilaksanakan.
6. Adakah orang yang diwakilkan oleh wali untuk mengakadnikahkan seorang perempuan boleh mewakilkan pula kepada orang lain? 
Tidak. Jika ia dilakukan juga, maka perikahan itu tidak sah dari segi hukum syarak. 



4-UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (UJIAN HIV) DI NEGERI SELANGOR
Perlaksanaan Ujian HIV di Negeri Selangor berkuatkuasa 1 September 2005
Individu yang perlu menjalani ujian HIV
  1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
    (Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)
  2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
    (Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)
    Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.
  3. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
    (Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)
  4. Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut akan diberi pilihan seperti berikut :
    1. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;
    2. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.
Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Bahagian Perundangan Keluarga JAIS atau Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah seluruh Selangor dengan bayaran RM10.00 .
Tempoh sah laku Ujian HIV yang telah dijalankan adalah enam (6) bulan dari tarikh ujian dijalankan.







Sumber:
Laman Web JAIS - www.jais.net.my

21 comments:

  1. salam....boleh terangkan sikit bagaimana hendak menikahi orng luar malaysia....di selangor....

    ReplyDelete
  2. Sy ingin btnya,adakah perlu pasangan yg telah bersedudukan dan wanita telah melahirkan ank luar nikah utk mgikuti kursus perkahwinan...minta penjelasan ..

    ReplyDelete
  3. Salam nk tnya sikit....Dua org saksi bg permohonan nikah lelaki tu utk apa ye? Utk pengesahan bujang ke....sbb dua org saksi bg permohonan nikah perempuan ada lagi tu....xpaham bab sini la...boleh terangkan x...

    ReplyDelete
  4. saya ingin bertanya apakah syarat syarat jika ingin menikahi wanita dibawah umur . mohon jasa baik whatsapp saya di talian 01123604091

    ReplyDelete
  5. Assalamu alaikum .
    Nak tnye jika wanita berasal dari sabah dan yang lelaki warga asing..boleh ka menikah di selangor..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya seorang saudara baru dan belum dapat kad islam lagi. Bolehkah saya register nikah dengan surat pengisytiharan saja?

    ReplyDelete
  7. Boleh kah tukar tarikh baru sebab kita buat sangat cepat so takut tak boleh settle boleh tukar tarikh nikah sebelom ni baru buat borang permohonan online berkahwin

    ReplyDelete
  8. Boleh kah tukar tarikh baru sebab kita buat sangat cepat so takut tak boleh settle boleh tukar tarikh nikah sebelom ni baru buat borang permohonan online berkahwin

    ReplyDelete
  9. Jika calon suami sudah melebihi umur 40 tahun dan masih hujang, adakah termasuk dlm pengecualian kursus pra nikah?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sekiranya perempuan yang nak bernikah tu Berbinti kan Datuk belah ibu ( ayah kepada ibu kandung perempuan yang bernikah boleh berikan pencerahan

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nk tnye jika lelaki dari negeri lain menikahi wanita negeri selangor borang perlu diisi di selangor or negeri masing2?

    ReplyDelete
  12. selepas hantar borang,bil3 pihak prempuan boleh dpatkan tarikh utk bernikah...?

    ReplyDelete
  13. Sy nak bertanya bagi seorang janda ank 5 yg ingin bernikah dgn seorang duda tetapi keluarga sebelah perempuan tak terima pilihan lelaki.. dan sekarang mereka berdua hidup sebagai suami isreri tanpa bernikah bagaimana cara utk sy bagi pendapat pd mereka .. ape yg harus saya jelaskan pada mereka...

    ReplyDelete
  14. Sy nak bertanya bagi seorang janda ank 5 yg ingin bernikah dgn seorang duda tetapi keluarga sebelah perempuan tak terima pilihan lelaki.. dan sekarang mereka berdua hidup sebagai suami isreri tanpa bernikah bagaimana cara utk sy bagi pendapat pd mereka .. ape yg harus saya jelaskan pada mereka...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum tumpang tanya..jika ibubapa dh meninggal dan perlukan surat nikah mereka bg proses nikah nnti tetapi surat nikah ibubapa dh hilang..apa yg perlu saya buat ye?atau ada cara lain?mohon pencerahan..terima kasih

    ReplyDelete
  16. Assammulaikum nak Tanya nikah terus blh biar tiada kursus

    ReplyDelete
  17. JAIS minta sy isi borang 7C,bg mengesahkan status Nikah ibu bapa saya,wali dan saksi2 yg menikahkn ibu bapa telah meninggal,perkahwinan mereka 40 tahun silam di Indonesia,sy pula warganegara lahir di Malaysia,Unit undang2 keluarga suruh sy isi nama dan semua No K/p Wali dan saksi2 yg menikahkn org tua sye,agak mustahil sy dptkn,lagipun sy bg Buku Nikah yang original Kat JAIS,die Kate Klu buku nikah indon ibu bapa Sye,not Valid di JAIS..if tak Valid asal sy dapat ic, sepatutnya bg borang permohonan nikah,nie bg borang maklumat Wali saksi yg menikahkn org tue sy da bg buku nikah dan ic Wali bpk kandung Sye dan saya warganegara beserta calon suami,asal dirumitkan Sye bkn nk nikah dgn Mat Bangla,Mohon jasa baik dan budi bicara pihak JAIS agar meluluskn permohonan nikah Sye nie pun dah tua bangka umur dan 35 janganlah permudahkanlh urusan orang nk bina Masjid,Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Salam,hrp pihak JAIS memberi kelonggaran trhdp pemohon nikah bg perempuan,ckuplh sekadar Ada Wali bpk kandung,saksi, pemohon dan pasangan warga negara serta buku nikah ibu bapa(perempuan)knp minta yg bulan2 dan menyulitkan jk org sampai berzina dek terlalu lama tunggu sape akn tanggung dosa

    ReplyDelete
  19. Playtech Slots | Casino Roll
    With casinos and poker rooms in California, our video poker library 있습니다 is overflowing with 룰렛 사이트 ways m bet365 to win. 먹튀신고 Playtech slots are the perfect solution, as they 실시간 바카라 사이트

    ReplyDelete