PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAAN

Bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis pernikahan di wilayah persekutuaan Kuala Lumpur, beberapa prosedur harus dipatuhi sebelum pasangan tersebut dapat melakukan urusan tersebut.


artikel dibawah ini dipetik dari laman rasmi jabatan agama islam wilayah persekutuaan untuk panduan anda.
semoga dengan panduan dibawah anda dapat serba sedikit melakukan persediaan sebelum menghadapi hari bahagia anda kelak.





1-PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH LELAKI

Berikut merupakan prosedur bagi lelaki bujang atau duda yang hendak mendirikan rumahtangga di Wilayah Persekutuan.
a)Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.
b)Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan kahwin dari JAWI atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah tempat tinggal pemohon.
c)Pemohon dan dua orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan kahwin dan mengemukakan sijil kursus kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah, mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.
d)Pemohon hendaklah mendaftar di unit Perkahwinan, Penceraian dan Ruju'
e)Pemohon hendaklah mendapatkan surat kebenaran nikah

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  1. SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  2. SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  3. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM)
  4. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
  5. SURAT PENGESAHAN STATUS DIRI MAJIKAN (Bagi yang ada majikan) ATAU SURAT AKUAN SUMPAH (Bagi yang bekerja sendiri)
  6. SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  7. SURAT KEBENARAN POLIGAMI DARIPADA MAHKAMAH SYARIAH (Jika Beristeri)
  8. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  9. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
  10. SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMEGRESEN.
    (Jika pemohon warganegara asing) 
Perhatian:
a)mereka yang telah bercerai hidup atau mati, hendaklah mengemukakan surat cerai atau surat mati.
b)mereka yang di bawah umur 18 tahun, hendaklah mendapatkan kebenaran mahkamah (Sek 18) terlebih dahulu.
c)bagi pemohon yang baru memeluk Islam, hendaklah mengemukakan kad memeluk agama Islam.
d)pemohon boleh memulakan proses permohonan tiga bulan sebelum tarikh nikah.

SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah? 
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di unit Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau dari Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah tempat tinggal beliau.



2-PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN



Berikut merupakan prosedur bagi perempuan baik anak dara atau janda yang hendak berkahwin di Wilayah Persekutuan;
a)Pemohon yang bujang hendaklah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan.
b)Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan kahwin dari JAWI atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah tempat tinggal pemohon.
c)Pemohon dan dua orang saksi lelaki dewasa hendaklah menandatangani borang permohonan kahwin dan mengemukakan sijil kursus kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah, mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.
d)Pemohon hendaklah mendaftar di unit Perkahwinan, Penceraian dan Ruju'
e)Pemohon hendaklah mendapatkan surat kebenaran nikah

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  1. SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
  2. SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
  3. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM).
  4. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN.
  5. SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA.
    (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
  6. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  7. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
  8. SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
  9. SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

Perhatian:


a)mereka yang telah bercerai hidup atau mati, hendaklah mengemukakan surat cerai atau surat mati.
b)mereka yang di bawah umur 16 tahun, tiada wali dan janda berhias dalam masa iddah, hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah (Seksyen 18)
c)pemohon yang baru memeluk Islam, hendaklah mengemukakan kad Islam.
d)jika perempuan kerabat Diraja, hendaklah mendapatkan surat kebenaran ke bawah DYMM Sultan.
e)bagi anak sulung perempuan atau wali (abang sulung) hendaklah mengemukakan surat nikah asal atau surat pengesahan dari mana-mana pejabat agama berhubung tarikh nikah ibubapanya.


SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (janda/balu), seorang anak dara yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di unit Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau dari Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah tempat tinggal beliau.
5. Adakah orang yang diwakilkan oleh wali untuk mengakadnikahkan seorang perempuan boleh mewakilkan pula kepada orang lain?
Tidak. Jika ia dilakukan juga, maka perikahan itu tidak sah dari segi hukum syarak. 
Sumber:
Laman Web JAWI - www.jawi.gov.my

No comments:

Post a Comment