Perkahwinan merupakan satu ibadat suci yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis-hadis nabi, ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Berkahwin sebenarnya mengandungi banyak hikmah dan keistimewaannya, jika ia dilaksanakan dengan sempurna dan tertib maka ianya dijanjikan dengan ganjaran,
Berkahwin itu mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbandingibadah seorang yang masih bujang, setiap pasangan diwajibkan menunaikan tugas masing-masing sehingga melahirkan rumah tangga yang aman damai dan membahagiakan.
Allah SWT berfirman didalam surah Al-Rum ayat 21
“Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang”
Hukum terhadap perkahwinan menurut syara’ adalah seperti yang diketogorikan seperti dibawah:
WAJIB
Perkahwinan itu menjadi wajib buat seseorang itu apabilaiannya mampu dari segi fizikal, material dan spiritual. Dan jika ianya bimbang dan takjut terjerumus kelembah perzinaan jika ia tidak berkahwin.
SUNAT
Seseorang itu sunat untuk berkahwin jika ia mampu dan dalam waktu yang sama ia mampu menahan diri dari melakukan perzinaan, maka ketika itu adalah lebih baik baginya untyuk berkahwin dari membujang.
HARAM
Hukum perkahwinan itu menjadi haram bila ianya bertujuaan semata-mata ingin membalas dendam atau mahu menyakiti hati orang lain.
MUBAH
Hukum bagi seseorang yang tidak ada halangan untuk berkahwin sedangkan hawa nafsunya tidak kritikal melakukan sesuatu yang dilarang agama maka hubung perkahwinan itu ialah mubah.
Didalam sesebuah perkahwinan itu, kesetiaan, Iltizam , tanggungjawab, kasih sayang, hormat menghormati , amanah , jujur, iklas dan sebagainya juga adalah tuntutan ibadah didalam alam perkahwinan itu sendiri.
Salam...
ReplyDeleteSaya ingin bertanya. Bolehkan seseorang yang dari mazhab shafie berkahwin dengan seseorang dari mazhab syiah zaidi? Adakah ia haram? Tetapi amalan harian dan fahaman dia tidak seperti syiah zaidi tetapi kepada shafie. Dengan erti kata lain hanya pada nama. Adakah sah perkahwinan tersebut?