Setiap orang mempunyai impian sendiri untuk majlis perkahwinannya, mungkin ada yang mahukan majlis yang hebat dan gemilang, namun selalunya bajet menjadi kekangan untuk merialisaikan acara yang penuh gemilang, namun apa yang penting ialah bagaimana anda bijak menyesuaikan majlis anda dengan bajet yang ada, kerana tidak semestinya bajet yang besar akan menjamin majlis yang anda inginkan berjalan dengan sempurna.
Disini dinyatakan sedikit panduan untuk bakal pengantin melaksanakan bajet perkahwinan yang sederhana tetapi dapat memuaskan hati anda.
*Tarikh
Carilah tarih yang sesuai buat anda dan pasangan anda mampu mengumpul bajet untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.
*Lokasi Majlis
Sudah semestinya mengadakan majlis dihotel atau rumah kelab ekslusif memerlukan perbelanjaan yang amat besar,namun jika anda tidak mempunyai bajet yang besar, majlis yang dilangsungkan di rumah juga pasti meriah.
*Cincin Perkahwinan
Berbincanglah bersama pasangan anda sebelum memilih cincin yang sesuai mengikut kemampuan anda, walaupun ianya bukan sebentuk cincin berlian yang indah, tetapi ianya pasti juga menjadi sebentuk cincin yang paling anda sayangi.
*Kad jemputan
Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk majlis anda, tidak perlulah anda berbelanja lebih untuk kad jemputan yang mahal untuk menjemput tetamu anda, jika anda seorang yang kretif, gunakan kretiviti anda sendiri untuk meghasilkan kada jemputan untuk majlis anda.
*Mas Kahwin & wang hantaran.
Mas Kahwin selaluinya mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut negeri masing –masing, manakala wang hantaran ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan, seeloknya berbincanglah dan jangan terlalu mahal kerana ia mungkin akan melambatkan majlis tersebut.
*Barang Hantaran
Barang hantaran sebenarnya adalah hadiah kepada pasangan masing-masing, namun jika kurang berkemampuan jadikan ia balasan hantaran yang sederhana seperti tujuh dulang berbalas Sembilan dulang hantaran, dan pastikan barangan tersebut berguna selepas majlis itu sendiri. Tidak perlulah hantaran yang mahal namun hanya disimpan dan tidak boleh digunakan.
*Pelamin
Buat tinjauan dan sesuaikan bajet yang anda ada. Tidak semestinya pelamin yang indah itu mahal harganya. Berjumpa la dengan perunding perkahwinan dan nyatakan bajet yang ada, anda mungin mendapat harga yang lebih murah dari yang berada di pasaran.
*Baju Bersanding
Pilih dan sewa beberapa helai baju untuk majlis bersanding adalah lebih baik dari membeli sendiri pakaian tersebut, kerana anda mungkin hanya akan memakainya sekali sahaja. Namun jika anda mahukan baju tersebut disimpan dan menjadi kenangan cukuplah anda hanya membeli sepersalinan sahaja .
*Solekan dan dandanan
Jika anda hanya mengambil pakej solekan dan dandanan sahaja, sudah tentu harganya agak mahal, apa kata jika anda rangkumi dengan pakej pelamin, alas dulang, dulang hantaran, baju bersanding dan eksesori. Sudah tentu pakej yang ditawarkan juga menepati bajet anda.
*Katering Dan Kanopi
Pastikan anda menghidangkan makanan lebih dari jumlah tetamu yang dijemput menghadiri majlis anda, buat lah kiraan kasar kos catering untuk satu kepala dan berapa jumlah kanopi yang diperlukan untuk majlis anda, namun jika anda masih tinggal di kejiranan yang masih mengekalkan cirri tolong menolong, anda boleh menjimatkan kos perkahwinan anda dengan memasak hidangan secara bergotong royong.
*Foto Dan Video
Utamakan bajet untuk gambar atau rakaman majlis perkahwinan anda kerana ianya hanya akan berlangsung sekali seumur hidup anda. Pastikan anda memilih jurugambar yang tepat supaya dapat merakam saat manis anda berdua.
*Bunga telur/Cenderahati
Buat sendiri akan lebih menjimatkan kos yang sedia ada, tidak terlalu susah jika ada usaha dan kemampuan.cuba sesuaikan cita rasa anda sendiri, namun jika anda punya bajet lebih dan anda sentiasa sibuk, anda boleh menempah saja cenderahati yang akan diberikan kepada para tetamu.
*Kompang/Juruhebah acara
Terpulang kepada anda jika punyai bajet lebih, jika tidak pasang sahaja lagu –lagu majlis perkahwinan untuk memeriahkan suasana.
No comments:
Post a Comment